FUTSAL DAN BOLA JARING P.KHAS NEGERI 09








GAMBAR-GAMBAR DIA ATAS NI DIAMBIL SEWAKTU PERLAWANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR...ANAK MURID SAYA TERPILIH UNTUK MEWAKILI DAERAH PETALING PERDANA IAITU IRFAN HADI...DIALAH AYAM TAMBATAN SAYA DI PPKI SK SEKSYEN ENAM...HIHI..WALAUPUN MEREKA MENDAPAT PERGI SEHINGGA KE PUSINGAN KEDUA NAMUN YANG MEMBANGGAKAN KERANA HANYA DENGAN LATIHAN 2 HARI SAHAJA MEREKA SUDAH BOLEH PERGI SEJAUH INI...NAMUN DIHARAPKAN UNTUK TAHUN2 YANG AKAN DATANG LATIHAN PERLU DIBUAT SEAWAL MUNGKIN DAN DI PERINGKAT DAERAH SENDIRI PERLU ADA KARNIVAL...INI AKAN MEMBUKA RUANG KEPADA RAMAI MURID UNTUK MENYERTAI..APAPUN SYABAS KEPADA DAERAH PETALING PERDANA...MAJU SUKAN UNTUK PENDIDIKAN KHAS...

HANYA KERANA SEHELAI BULU MATA





Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

MENGUAP...ZZZzzzzzzzzzzz






Salam semua…

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.



HADIS TENTANG MENGUAP :



الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .



"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )





FAEDAH DARI HADIS:



1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari gangguan Syaitan.



2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :



a. Berusaha menahannya sedaya upaya.



Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :



"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)



b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),



“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)



c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).



d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),



“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.



Allahu a'lam.





" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "





Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

aAntara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. ..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. ... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

AMALI SOLAT














gambar kat atas ni sebahagian daripada murid2 saya yang sedang membuat amali solat..yang dok kat kerusi 2 adli..dia mengalami masalah kecacatan pada kaki iaitu kaki sebelahnya pendek dan ada besi di dalamnya.wlaupun dia tak solat mcm org lain tp dia still kena ambil bahagian jugak iaitu dengan cara solat duduk..mcm2 ragam nk suh budak2 ni solat..apapun amali solat 2 berjaya la jugak dilaksanakan..sekurang2nya murid2 saya dh tau cara solat..cuma dari segi bacaan jer yang mereka ni tak berapa nk tau..tapi takper...slow2 k anak muridku sekelian..nanti ustazah yus akan ajar..hihi

Nilai Kasih Seorang Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu :


Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolong buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma

Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma

Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma

Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma


JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita, sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA."

RENUNG2KAN....

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.



sumber:VF

Petua Untuk Hati


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasululla SAW kepada anaknya Siti Fatimah.


Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.


Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya


Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya


Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

salam

Kehidupan Lebih Bermakna



Kekecewaan bukannya penentu kita akan kecewa slama2nya... kecewa bermaksud ada sesuatu yg dinanti yg mgkin jauh lebih baik dari itu...

Kita xtau..ia lambat atau cepat..tapi, kita anggapla kecewa tu salah satu dari dugaan dan pengalaman idup kita..n saya lebih merujuk pada cinta sesama manusia..

Ramai org senang menerima cinta dan mudah untuk dikecewakan..Ramai jugak org yg mudah jatuh cinta sedangkan pasangan setia padanya...

Ramai jugak org yg senang jatuh cinta dan mudah lupakan pasangannya...

Ramai jugak org yg cintanya mudah datang bila cinta dulunya hilang... dan..

Ramai jugak org yg cintanyadatang dan payah nak menerimanya... bak kata org..jual mahal..


tapi tu sume bergantung kepada sejauh mana pandangan seseorang pada cinta... yang pastinya... cinta tu anugerah Tuhan yg akan dinikmati oleh sume org...

kekecewaan salah satu darinya... kecewa bukan hanya pada cinta..tapi merangkumi sumehal..kekecewaan mengajar seseorang untuk lebih kuat danlebih mendorong untuk kita lebih dekat dgn-Nya...

Jgnla dipandang kekecewaan tu satu yg amat menyakitkan..bahkan lihatla ia sebagai satu anugerah yang xsume org boleh dapat... dan itu mampu mengajar kita utk lebih berhati2 dan menjadi seseorang yg lebih baik... jika kita melihatnya darisudut positif...

Insyaallah..setiap yg berlaku... pasti ada hikmahnya..Tuhan melakukan sesuatu..pasti ada sebabnya..motivasilah diri dengan kata2 yg positif..jgn kerana kecewa..idup hancur..jgn kerana kecewa, kesihatan hancur... jgn kerana kecewa, anak mati kebulur...


Pandangla kecewa itu sebagaipembakar semangat... pandangla kecewa tu sebagai satu petanda yang kita dipilih Tuhan untuk merasainya... pandanglah kecewa tu sebagai anugerah dariNya... supaya kita mampu muhasabah diri..memperbetulkan kesilapan danmenjadi seorang yg lebih baik...

InsyaAllah... kekecewaan ituakan berubah menjadi sesuatu yg amat bermakna jika kita menilai kekecewaan tu di masa akan datang...





salam... .

MARI BERKEBUN.-episod kedua



ha...inilah hasilnya setelah beberapa hari disemai benih pokok kacang panjang..ha saya rasa baru seminggu rasanya ni...satu pertumbuhan yang cepat saya rasa hehe...





ha...ini pulak pokok kacang botol saya..hihi..ini hasil yang pertama.kirakan anak sulung la...








ini pulak bakal melahirkan..hihi..rasa2nya macam banyak jer lagi yang akan dlahirkan dari pokok kacang botol saya ni...tak sabar rasanya nak tunggu dia berbuah dengan lebatnya...






haha...inilah dia sebahagian kacang botol yang telah dipetik oleh saya..hasil yang pertama hanya empat batang jer kacang botolnya..tapi takper..yang lainnya akan menyusul kemudian..TUNGGUUUUU...






ini pokok yang saya dah tanam hampir 4 bulan kalau tak silap saya la..pokok ni di sponsor oleh cikgu azah (cikgu pemulihan) sekolah ahunsaya.dia beli di kuala pilah sewaktu lawatan budak tahun enam ke seremban..saya ni dok menanti la bila dia nk berbuah..agaknya kurang baja kot...oppsss luper nk bagitau ni sebenarnya pokok mata kucing.hihi..takper..saya akan menunggu dengan penuh kesabaran haha...



part ni yang tak best ni...habis pokok bendi saya telah dicerobohi oleh serangga2 yang tak dijemput...tengok 2..tinggal separuh kacang bendi saya ni...ish3...sadis rasanya..


Cubaan Terbaru MengKLON Manusia Gagal!

Kali nie saya nak sebarkan brita yg mengemparkan mengenai KLON iaitu cubaan membuat klon manusia di London gagal oleh Dr Panos Zavos dan banyak gossip mengenainya yang dilaporkan oleh Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Doktor ni sebelum buat klon yg tak jadi tue telah mengadakan sidang akhbar untuk beliau mengumumkan bahawa yang dia dah berjaya membuat @ menjanin manusia yg diklonkan pda rahim sorang wanita (nama dirahsiakan).
Dalam laporan agensi tue ujian terhadap wanita yang dilakukan oleh beliau mendapati tidak mengandung. Dalam kecoh ni, pihak agensi telah menghubungi sendiri Dr Panos Zavos di kliniknya di Lexington, salah sorang penolong Dr. kata Selepas ini, jika kami ingin mengumumkan sesuatu... tentu ia mengenai wanita berkenaan mengandung. Ia boleh dianggap satu kejayaan.Dr Panos Zavos nie jenis yg malas nak cakap banyak sebab dah terkantoi jadi beliau pun kata yang beliau nie enggan nak mengulas benda yg telah tersilap terutamanya wanita yg terbabit itu, dan beliau juga ada mengatakan 20 sehingga 30 peratus persenyawaan sedemikian meraih kejayaan.
Usaha beliau sekarang masih lagi dikritik hebat oleh saintis lain tetapi beliau berikrar depan saintis nie yg beliau mampu usaha membuatnya lagi dan akan berjaya melakukannya. Lepas tiga mingggu lalu, beliau telah dilaporkan membuat sidang akhbar di London yang beliau dah berjaya menanam sel nie pada usia sorang wanita usia 35 tahun. Belai juga ada kata yang embrio yg dihasilkan itu menggunakan telur muda milik wanita itu bersama sel kulit suaminya. Tapi dalam masa tue gak BBC kata cara itu untuk mendapat publishiti murahan kerana sampai sekarang blum ada bukti menunjukkan kejayaannya itu. Cara klon yang beliau nie buat adalah sama dengan teknologi yang digunakan untuk hasilkan kambing biri-biri Dolly tetapi teknik sama ke atas manusia yang diharamkan di United Kingdom. Ujian pada haiwan ada menunjukkan pengklonan menyebabkan jumlah kecacatan, pengangguran ketika mengandung. Tapi yang peliknya masih dapat melahirkannya secara biasa.
BBC juga ada melaporkan yang pasukan Zavos nie memeriksa sejenis hormon untuk memastikan wanita mengandung pada usia dua sehingga tiga minggu selepas embrio itu ditanam tetapi keputusannya adalah negatif. Saintis Zavos nie ada kata bahawa bahan dan cara digunakan dalam penyelidikan akan ia mungkin akan disiarkan dalam jurnal saintifik tidak lama lagi.
Zavos yang degil nie beritahu pada sidang akhbar ldi London, Berjaya atau tidak, kami terus mencuba lagi dan lagi, sehingga mencapai kejayaan.. Manakala Sainstis yang bangkang dia nie berkata penklonan manusia haruslah dihapuskan sepenuhnya. Lord Robert May yang juga Presiden Masyarakat Diraja berkata, pengklon ala koboi menyebabkan orang ramai rasa resah dan tidahk senang dan ia perlu dihentikan serta merta.Dalam sementara itu, Pengerusi Kumpulan Sekerja mengenai Pengklonan dengan Masyarakat Diraja, Profesor Richard Gardner berkata,Kami mengutuk sebarang usaha untuk mengklon manusia yang terbukti tidak selamat dari segi perubatan, sains malah tidak diterima dari segi etika.Sehingga kini Zayos masih lagi mahu mendapat kemenangan atas kejayaannya kelak dan bersungguh membetangkan pejelasan beliau pada masyarakat saintifik dan perubatan mengenai usahanya termasuk dengan siapa dia bekerja dan dimana penyumbang kewangan beliau. (Ianya seperti meraih publisiti murahan jika beliau melakukan sedemikian

sumber..
vf

Sekadar Atau Kebetulan? Gempa Di Indon





JAKARTA - Serangkaian tragedi gempa bumi terjadi di Indonesia. Berita ini kerap menjadi buah bibir terlebih setelah beredar khabar bahwa peristiwa gempa bumi di Tanah Air tertera di dalam kitab suci Al quran. Sebagaimana diketahui sebelumnya, sejumlah pihak mengaitkan waktu terjadinya gempa bumi dengan ayat suci Al quran. Pendapat tersebut pun beredar di dalam pesan singkat ataupun pesan elektronik lainnya. Misalnya saja gempa di Padang, di mana gempa terjadi pada pukul 17.16 WIB.
Jika membuka Surah 17 (Al Israa') ayat 16, disitu bertuliskan, "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
Selain itu, gempa susulan di Padang juga terjadi pada pukul 17.58 WIB. Jika dikaitkan dengan kitab suci Al quran, dalam surah 17 (Al Israa') ayat 58 pun dituliskan, "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)".
Selain gempa bumi di Padang, peristiwa serupa di Jambi beberapa waktu lalu pun berusaha dikaitkan oleh sejumlah pihak dengan ayat di dalam Al quran. Saat gempa bumi yang terjadi di Jambi pada 1 Oktober lalu, peristiwanya terjadi sekira pukul 08.52 WIB. Sedangkan di dalam Surah 8 (Al Anfaal) ayat 52 bertuliskan "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya".
Menyikapi hal ini, banyak kalangan yang percaya namun ada pula pihak yang enggan terlalu cepat menyimpulkan. Percaya atau tidak, semua kembali kepada diri masing-masing.peliknya INDO ni masih mahu mencari musuh dgn Malaysia dan menuduh kita mengklaim BUDAYA, MAKANAN, TARIAN, PAKAIAN, LAGU KEBANGSAAN dan bagai yg pd kita ntah apa2. waLLahua'Lam bisawab..
Sumber..
virtualfriends

LAWATAN KE PETROSAINS

Salam Satu Malaysia untuk semua...hai hai hai...kt sini saya ada memorikan kenangan indah sewaktu saya dan murid2 khas saya buat lawatan ke petrosains...jom kiter tengok sama2...



muzaffar ni anak murid saya yang ada masalah autisme..dia mmg suker benda yang berputar2 macam tu..ermm mmg hepi giler la dia ari 2

ni hidayat ank murid saya yang jarang g sekolah tp bila bgtau nk g petrosains terus rajin g sekolah.

amboi muizzah...tengok aper 2



Time ni kitaorang tengah lepak kt depan kapal terbang dlm petrosains ni...masing2 menunjukkan pose maut.hihi..dari kiri its me yus,amy,muizzah,reen,ckgu khairul..yang kt depan lak dari kiri haris,naim,muzaffar dan hidayat..sepatutnya time ni 2org lagi murid saya yang join iaitu sofea ngan irfan tp time 2 irfan demam teruk n sofea taknk join last minute..biaserla budak2 khas ragamnya sukar diramal.

Haris tengah tekun melihat wajahnya yang terpapar kt skrin komputer..hihi



ha..dok teropong apa 2 naim..khusyuk sungguh dia nampaknya..


gambar ni diambil di belakang replika dinasour kt dalam petrosains 2..hihi ni pn 1st time sy masuk kt sini..hihi..



kitaorang baru sampai kt stesen komuter kl sentral...seronok gila anak2 murid aku ni sumer..ermmm cikgunyer jugek..hihi



gambar ni diambil sewaktu baru nk bertolak dari stesen komuter shah alam...budak2 ni ada yang tak penah naik komuter..sian kan..so, mari kita enjoy...





MARI BERKEBUN...

morning...kat sini saya nak story skit tentang kegiatan-kegiatan saya di sekolah..hihi..kat sini saya ada selitkan beberapa gambar projek kebun sayur saya..



ha..yang ni pokok bendi...ni dah bayak kali lah sudah dipetik bendinya...hihi..




HAAA...nilah hasilnya tanaman saya..pokok kacang botol..hihi..time ni tak jumpa kayu nk wt tempat tuk menampung pkok ni tuk menjalar dengan lebih baik..hihi..takpelah...dlm 2 minggu ni leh la kutip hasilnya...


muzaffar sedang menyiram pokok ulam raja...dh lama tak tengok dh tinggi rupanya pokok ulam ni...sesaper yang nk makan ulam maila petik kt sek sy..hihi





haha..ni gambar curi2 waktu murid aku tgh sibuk membersihkan batas...ha keje leklok ek anak muridku semua..






time ni muzaffar sedang cuber mencampurkan tanah hitam dengan tanah merah kt dalam plastic bag..naimuddin sampai tertonggek2 nak gemburkan tanah..hihi..excited diaorang ni berkebun









ha..ni lah keje saya kat sekolah..bukan mengajar kt dalam kelas jer..tp berkebun jugak..ni baru nk start semula projek tanam sayur tuk kali yang ketiga bg tahun 2009 ni..hihi..ok ni gambar sedang memasukkan tanah ke dalam plastic bg..kali ni nk try guna plastic bag plak...tp still ada wt batas jugak.























SALAM SATU MALAYSIA



sy baru berjinak-jinak semula dalam penulisan di blog ni..dulu masa keje kt ukm thn 2006 aktif jugakla wt blog ni tp bl dh jadi cikgu ni kebizian mengatasi segala-galanya...ini pun bl tgk blog member2 dulu2 jeles jugak rasanya..jadi apalagi teruslah buat semula la blog ni..hihi.
Skang kehidupanku adalah sebagai seorang pendidik di Sk Seksyen Enam Shah Alam.inilah tempat saya mencari rezeki..




KESULITAN PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN..



Assalamualaikum w.b.t ,


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan.


Ia sudah letih untuk berjuang.

Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.



Ayahnya,

seorang tukang masak, membawanya ke dapur.

Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api.


Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih.

Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.


Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar,

memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.


Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk,

mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain,

dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya,

"Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.


Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk

dan memintanya merasakan lobak itu.

Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.


Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya.

Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.


Terakhir,

ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi.

Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.


Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi

kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan r

eaksi yang berbeda.


Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan.

Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak.

Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik.


Setelah berada di dalam rebusan air,

serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "


Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...

Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu,bagaimana kau menghadapinya?

Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"


Bagaimana pula dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras,

tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah,

menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu atau...


Apakah kamu adalah telur,

yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis?


Namun,

setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan

menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama,

tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?


Ataukah kamu adalah serbuk kopi?

Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan,

untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas,kopi terasa semakin nikmat.


Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk,

kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu

juga menjadi semakin baik.


Wallahu a'alam...

AL-KISAH...

kat sini saya ada sediakan beberapa kisah lucu untuk tontonan anda bersama...jom kiter rileks2kan minda sekejap...



cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Cerita 3

Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.""Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."

ERTI SEBUAH KEINSAFAN...



Kupanjatkan seribu syukur Kau benarkan hati ini bersamaMu dengan limpah kurniaMu Kau benarkan aku bermunajat kepadaMu dengan payung rahmatMu aku dapat sujud padaMudan aku terus bertasbih "Maha suci Allah dan Maha Agung"
Lantaran itu... aku mengerti tentang kenikmatan dalam sebuah ketaqwaanpersis titikan air satu demi satu berulang-ulang terus memberi kesan
Melihat kebesaranMu betapa kerdil diri ini teringat punca asalku lenyaplah sifat-sifat ingkar hadirkan khusyuk dan tawadzuk
Melihat keagunganMu ingin aku berdamping denganMu menjadi tetamu setiaMu sujud padaMu di depan pintu rumahMu
Ya Allah... . ampunilah daku berilah rahmat padaku penuhilah segala kekurangan berilah hidayah kepadaku afiatkan dirikuampunilah daku
Ya Allah... . janganlah Engkau jadikan kedatanganku ini sebagai kedatangan yang terakhir... .

APAKAH KATEGORI DARAH ANDA...


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.