Nilai Kasih Seorang Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu :


Tolong pergi kedai RM1.00

Tolong jaga adik RM2.00

Tolong buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM2.00

Tolong sapu sampah RM2.00


JUMLAH RM15.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma

Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma

Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma

Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma


JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita, sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA."

RENUNG2KAN....

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.



sumber:VF

4 Responses
  1. Anakkhas Says:

    assalammualaikom....


  2. Anakkhas Says:

    blog anda telah dilinkkan di himpunan blog pendidikan khas.. kunjungi kami dan berikan sumbangan anda dengan emailkan sebarang pos yang sesuai kepada saya atau lawatilah rakan2 yang ada di sana. sama2 kita majukan PPKI alamat kami di http://bloganakkhas.blogspot.com . blog pribadi http://anakkhas.blogspot.com dan web PPKI www.anakkhas.com.


  3. Anakkhas Says:

    iklan percuma nie jgn marah ek bukan ambil kesempatan tapi mohon iklan.....

    anakkhas juga ada akaun youtube, www.youtube.com/anakkhas

    tahniah blog yang sangat menarik...
    teruskan untuk PPKI


  4. EJA_LAFEA Says:

    haha..blog ni sajer jer diwujudkan tp taklah secanggih n semenarik blog anakkhas..leh la share2 skit